MAKLUMAT TAMBAHAN
PENGURUSAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR
PASCA COVID-19
Pelajar dan ibubapa perlu mematuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak Politeknik, KPT selaras dengan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Garis panduan Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Disember 2020 (Pasca Covid-19) adalah seperti berikut
  • Sila tunjukkan maklumat DK yang telah lengkap diisi melalui paparan telefon bimbit/Print out kepada pihak jawatankuasa petugas pendaftaran di pintu masuk utama Politeknik sebelum memasuki kawasan Kampus PMM.
  • Urusan pendaftaran dan lapor diri pelajar secara fizikal di Politeknik adalah secara Pandu Lalu melalui kenderaan masing-masing sahaja.
  • Pelajar sahaja dibenarkan keluar daripada kenderaan bagi urusan penginapan di Kolej Kediaman. Ibu bapa atau waris tidak dibenarkan sama sekali keluar daripada kenderaan sepanjang berada di Politeknik
  • Urusan pendaftaran kemasukan pelajar baharu dibuat secara berperingkat bagi memastikan jumlah kehadiran adalah terkawal pada satu-satu masa. Perjalanan pelajar adalah ditanggung dan diurus sendiri oleh pelajar.
  • Pelaksanaan norma baharu seperti pemeriksaan suhu badan, penggunaan pensanitasi tangan, pemakaian pelitup muka dan pengamalan penjarakan sosial akan diadakan di seluruh politeknik.
  • Hanya SATU (1) Kenderaan dan DUA (2) ORANG WARIS sahaja yang dibenarkan untuk mengiringi pelajar semasa hari pendaftaran. (warga emas dan kanak-kanak dibawah umur 12 tahun juga adalah tidak dibenarkan).
  • Semua pelajar dan waris perlu memakai pelitup muka sepanjang berada di Politeknik.
  • Pelajar yang bergejala Covid-19, berstatus Person Under Investigation (PUI) atau Person Under Surveillance (PUS), tidak dibenarkan mendaftar.
  • Semua pelajar perlu menjalani Kuarantin Diri (Self Quarantine) di rumah masing-masing selama 10 hari sebelum hadir ke PMM.
  • Semua pelajar perlu menjalani Proses Pengasingan Diri (Self Isolation) di Kamsis selama 10 hari sebelum mengikuti pelaksanaan Kuliah secara Bersemuka/Hibrid.
  • Sebagai langkah Pengurusan Penilaian Risiko pasca Covid 10, semua pelajar perlu mengisi Deklarasi Kesihatan (DK) PMM yang boleh muat turun di laman web pmm.edu.my dengan jujur 2 hari sebelum Pendaftaran di Kamsis PMM. Pihak PMM akan mengenalpasti Data DK pelajar dan jika perlu penempatan semula Bilik Kamsis akan dilaksanakan.
(dikemaskini pada 10 Februari 2021)