Berikut merupakan tarikh pendaftaran pelajar selepas mendapat arahan terkini dari pihak Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti ( JPPKK ). Semua calon yang ditawarkan ke Politeknik Merlimau perlu melapor diri mengikut tarikh yang diberi seperti di bawah. Sekiranya terdapat sebarang masalah, boleh hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
JABATAN |
TARIKH BERMULA KUARANTIN DIRI |
PENDAFTARAN KAMSIS TARIKH / MASA / TEMPAT |
JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI |
19 Februari 2021 (Tempoh 10 hari diwajibkan Kuarantin di rumah sendiri) |
|
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK |
19 Februari 2021 (Tempoh 10 hari diwajibkan Kuarantin di rumah sendiri) |
|
JABATAN PERDAGANGAN |
20 Februari 2021 (Tempoh 10 hari diwajibkan Kuarantin di rumah sendiri) |
|
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL |
20 Februari 2021 (Tempoh 10 hari diwajibkan Kuarantin di rumah sendiri) |
|
PRA DIPLOMA (NAIK TARAF) |
21 Februari 2021 (Tempoh 10 hari diwajibkan Kuarantin di rumah sendiri) |
|
PEMBERITAHUAN KEPADA BAKAL PELAJAR:
Para pelajar hendaklah mematuhi SOP yang ditetapkan sebelum dan semasa berada di PMM seperti berikut:
- Pelajar perlu menjalani Kuarantin Diri (Self Quarantine) di rumah masing-masing selama 10 hari sebelum hadir ke Politeknik Merlimau.
- Pelajar perlu menjalani Proses Pengasingan Diri (Self Isolation) di Kamsis / Rumah Sewa selama 10 hari sebelum mengikuti pelaksanaan Kuliah secara Bersemuka/Hibrid.
- Pelajar perlu mengisi Deklarasi Kesihatan yang boleh didapati di laman web pmm.edu.my atau https://polydec.mypolycc.edu.my/ sebelum masuk ke kampus PMM dan tunjukkan Deklarasi Kesihatan PMM apabila diminta oleh Pengawal Keselamatan /Penasihat Akademik. Pelajar perlu mengemaskini Deklarasi Kesihatan sebanyak 2 kali sehari iaitu:
- Masa daftar masuk : 11.00 pagi - 1.00 petang
- Masa daftar keluar : 6.00 petang - 8.00 malam
- Pelajar perlu merekodkan pergerakan keluar masuk di Pos Pengawal PMM dan Aplikasi MySejahtera di setiap premis dan lokasi yang dikunjungi.
- Pelajar diingatkan hendaklah sentiasa mengamalkan pemakaian pelitup muka, pematuhan penjarakan fizikal, elakkan bersentuhan dan pematuhan SOP sepenuhnya sepanjang berada di PMM.
Sila rujuk jadual Penerangan Kuarantin dan Pengasingan Diri untuk maklumat lanjut. Klik disini.