POLITEKNIK MERLIMAU
Jadual Yuran Pengajian
dan Bayaran Pelbagai Pelajar Baharu
SESI II : 2026/2027 TARIKH MULA PEMBAYARAN
01 NOVEMBER 2026
Perhatian: Pendaftaran atas talian (online) hanya boleh dilakukan selepas tempoh 24 jam pembayaran yuran.
Panduan iPayment
Muat turun panduan pendaftaran dan pembayaran di bawah.
Muat Turun Panduan Pendaftaran Muat Turun Panduan Pembayaran1. Bayaran Melalui Sistem iPayment
| Bil. | Jenis Bayaran | Jumlah (RM) |
|---|---|---|
| 1 | Yuran Pengajian | 200.00 |
| 2 | Yuran Asrama | 60.00 |
| 3 | Sumbangan Aktiviti dan Kebajikan Pelajar (SAKP) | 50.00 |
Bayaran Yuran Pengajian, Yuran Asrama dan SAKP hanya melalui Sistem iPayment sahaja.
Tarikh mula bayar: 01 NOVEMBER 2026
Tarikh akhir bayar: SEBELUM PENDAFTARAN
Kaedah pembayaran: iPayment (rujuk panduan)
Pengecualian Yuran bagi Pelajar OKU
Pelajar berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diberi pengecualian bayaran yuran pengajian.
Penting: Sila pastikan e-mel yang didaftarkan di iPayment adalah sama dengan e-mel pada Borang Jawapan Tawaran (BJT-BAPP).
2. Bayaran Lain
BIL. 4
Bayaran Barang dan Perkhidmatan Pelajar Politeknik
RM200.00
- Perlindungan Takaful Berkelompok
- Keperluan Minggu Transformasi Siswa
- Pakaian Praktikal
Jadual senarai barang dan perkhidmatan boleh dimuat turun melalui kumpulan Telegram pelajar baharu / Portal Pengambilan PMM.
BIL. 5
Majlis Sukan Politeknik
RM25.00
Nama penerima:
MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA
Nama bank:
BANK ISLAM MALAYSIA
Nombor akaun:
04033010039452
Kaedah bayaran: Pindahan Wang sahaja (Electronic Fund Transfer) ke akaun Majlis Sukan Politeknik Malaysia.
Pemeriksaan Doktor
Segala perbelanjaan pemeriksaan doktor ditanggung oleh pihak pelajar. Pemeriksaan boleh dibuat di Hospital Kerajaan / Klinik Swasta.
Nota Penting
- Sila baca dengan teliti sebelum pembayaran yuran. Pastikan pembayaran dibuat mengikut jumlah dan Kod JomPAY yang betul.
- Politeknik tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesilapan yang berlaku dalam proses pembayaran yuran.
- Setiap resit bayaran yuran hendaklah dibuat salinan dan disimpan sebagai bukti pembayaran.
- Permohonan tuntutan pemulangan yuran pengajian hendaklah dikemukakan selewatlewatnya pada minggu ke-8 pengajian. Sebarang permohonan yang diterima selepas tempoh tersebut tidak akan dipertimbangkan untuk kelulusan.
- Pelajar berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) adalah dikecualikan daripada bayaran yuran pengajian bagi Sesi II: 2026/2027, berdasarkan keputusan dan ketetapan mesyuarat JPPKK bersama-sama Bahagian Kewangan dan Bahagian Akaun.