PENGAMBILAN & PEMULANGAN JUBAH GRADUAN

    1. Graduan hendaklah mengambil jubah pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan (rujuk Jadual Sidang).
      Proses pengambilan jubah akan dihentikan semasa sesi raptai berlangsung.
      Pengambilan selain daripada masa yang ditetapkan adalah tidak dibenarkan.
    2. Sila lengkapkan perkara berikut:
      1. Mengisi Borang Tempahan Tarikh Pengambilan Jubah & Saiz Jubah (Google Form).
      2. Mencetak dan membawa bersama Borang Pengambilan dan Pemulangan Jubah Graduan yang lengkap serta ditandatangani (boleh dimuat turun di Laman Web Konvokesyen PMM).
    3. Graduan yang tidak dapat hadir semasa hari pengambilan jubah boleh mewakilkan orang lain dengan mengemukakan Borang Pengambilan dan Pemulangan Jubah Graduan yang lengkap dan ditandatangani.
    4. 📢 PENTING
      Sila isi Tempahan Tarikh Pengambilan Jubah & Saiz Jubah Konvokesyen melalui pautan Google Form yang disediakan.
 
 
Maklumat Pengambilan dan Pemulangan Jubah adalah seperti berikut:

📅 Tarikh, Masa dan Tempat Pengambilan Jubah Graduan

Tarikh Hari Masa Pengambilan Jubah Lokasi
29/8/2026 Sabtu 9.30pagi – 5.00 petang Kafe Mutiara ,Kamsis Politeknik Merlimau Melaka
05/09/2026 Sabtu
11/09/2026 Jumaat 3.00 petang – 5.00 petang

Dewan Kuliah,

Politeknik Port Dickson

 

12/09/2026 Sabtu 11.00 pagi -3.00 petang

 

♻️ Tarikh, Masa dan Tempat Pemulangan Jubah Graduan

Tarikh Hari Masa Pemulangan Jubah Graduan Tempat

12/9/2026

Sabtu Selesai majlis konvo sehingga 5.30 Petang SIDANG 14 & SIDANG 15

DEWAN KULIAH 1 -3

POLITEKNIK PORT DICKSON, N. SEMBILAN

 

13/09/2026

Ahad Selesai majlis konvo sehingga 3.00 Petang SIDANG 16

SELAIN TARIKH YANG DINYATAKAN ,PEMULANGAN DIBUAT DI PEJABAT KOPERASI DI POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA DENGAN BAYARAN SEWA RM2.00/HARI

MAKLUMAT AKAN DIKEMASKINI

 

⚠️ PERHATIAN

Jubah graduan yang dipulangkan selepas 13 September 2026 hendaklah dipulangkan di Pejabat Koperasi Politeknik Merlimau Melaka pada jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang.

Pemulangan mulai 14 September 2026 (Isnin) dan hari-hari berikutnya akan dikenakan caj sewaan tambahan sebanyak RM2.00 sehari.

 

🎓 Transkrip / Sijil Graduan
Transkrip dan sijil graduan akan diserahkan sebaik sahaja jubah graduan dipulangkan.

 

📞 Pertanyaan Berkaitan Jubah Konvokesyen

Sila hubungi melalui WhatsApp: Pn. Norlini bt. Rosli
📱 012-906 8128

(Waktu Pejabat Sahaja)

 

 SYARAT PENGGUNAAN SET ISTIADAT KONVOKESYEN

🎓 Pakaian Istiadat Konvokesyen

  1. Pakaian Istiadat Konvokesyen:
    • Jubah Graduan
    • Mortar Board
  2. Sebarang bentuk KEROSAKAN (pindaan, kesan terbakar, jahitan tambahan, koyakan) atau KEHILANGAN akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas graduan berkenaan mengikut KADAR DENDA yang ditetapkan.
  3. Senarai KADAR DENDA:
    Kehilangan Jubah RM 300.00
    Kehilangan Mortar Board RM 40.00
    Kerosakan Jubah (selain daripada pemeriksaan awal) RM 200.00
    Kerosakan Mortar Board RM 40.00
    Kelewatan Pemulangan Jubah
    (bermula 14 September 2026)
    RM 2.00 / hari