PERINGATAN UNTUK TINDAKAN IBU BAPA / TETAMU
1. Hanya dua orang tetamu (Ibu bapa / waris) dibenarkan masuk. Tetamu perlu berpakaian kemas dan sopan bersesuaian dengan istiadat rasmi. |
|
2. Kanak-kanak dibawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan konvokesyen. |
|
3. Pas masuk dewan konvokesyen mesti dibawa dan ditunjukkan kepada petugas. |
|
4. Tetamu diminta supaya mengambil tempat duduk masing-masing sebelum jam 7.30 pagi atau 1.30 petang (mengikut sesi) pada hari istiadat konvokesyen. |
|
5. Tetamu tidak dibenarkan mengambil gambar graduan semasa istiadat konvokesyen sedang berlangsung. |
|
6. Mohon Kerjasama tetamu tidak meninggalkan dewan semasa istiadat konvokesyen sedang berlangsung. |
|
7. Antara barangan larangan dibawa ke dalam dewan konvokesyen adalah bunga, payung, makanan/minuman dan barangan persendirian yang boleh menganggu perjalanan majlis. |
|
8. Sila matikan atau tukar kepada Mod Senyap (Silent Mode) sekiranya membawa masuk alatan elektronik seperti telefon bimbit, tablet dan lain-lain. |
|
9. Graduan diminta memaklumkan semua peraturan yang berkaitan diatas kepada tetamu yang hadir. |